PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN
LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SESI JANUARI 2015
TUGASAN INDIVIDU 1:
Soalan c)
Pembangunan Industri
kecil dan Sederhana di luar Bandar masih dalam peringkat memuncul ataupun tidak
begitu memberangsangkan berbanding dangan industri-industri di kawasan Bandar.
Kerajaan juga melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah pun
mewujudkan pelbagai agensi bagi membangunkan IKS di luar Bandar. Bincangkan
senario dan keadaan semasa IKS luar
Bandar
SADE 1013:
ASAS KEUSAHAWANAN
DISEDIAKAN UNTUK:
MATHIVANNAN JAGANATHAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : MOHD. NOORHAMIZAN BIN HAMID
NO.MATRIK : 231354
PUSAT : KAMPUS UUM KUCHING (i-Cats)
TARIKH
SERAHAN : 18
OGOS 2014
ISI KANDUNGAN (
M/S )
Muka Depan
i
Skema Pemarkahan ii
1. Pengenalan
1
2. Apakah
yang dimaksudkan dengan industri Kecil & Sederhana 2
(IKS) Luar Bandar
3. Tahap
Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar 3-4
4. Kepentingan
dan Sumbangan Industri Kecil & Sederhana 5-6
(IKS) Luar Bandar
5. Halangan
dan Cabaran Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar 7
6. Sistem
Sokongan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar 8
7. Langkah-langkah
untuk Mendorong dan Membangun 9-14
Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar
7.1
Geran
dan Insentif
7.2
Skim
Khas Bank Negara
7.3
Pinjaman
7.4
Program
Latihan dan Pembangunan
7.5
Khidmat
Nasihat dan Perundingan
7.6
Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC
7.7
Majlis
Amanah Rakyat (MARA)
7.8 Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (MECD)
8. Kesimpulan
15
9. Rujukan 16
10.
Lampiran 17
Lampiran 1
PROGRAM
PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT
PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
SEMESTER JJ152 SESI 2015/2016
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN
SKEMA MARKAH
NO
|
Penilaian
|
Markah yang diperuntukan
|
Markah yang diperolehi
|
1
|
Pengenalan
|
5
|
|
2
|
Huraian,
Perbincangan dan Cadangan
|
20
|
|
3
|
Kesimpulan
|
5
|
|
4
|
Rujukan dan
Lampiran
|
5
|
|
5
|
Kualiti Penulisan
|
5
|
|
6
|
Blog
|
-
|
|
Jumlah
Markah
|
40
Markah
|
Komen:_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tandatangan Pemeriksa
: ________________________________
Nama Pemeriksa : ________________________________
Tarikh : ________________________________
1.
PENGENALAN
Dewasa ini, arus kemodenan mendepani era
globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan yang besar
kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam menongkah
dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan Malaysia telah menggunakan
pendekatan melalui gagasan 1 Malaysia yang berpaksikan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
diperkenalkan oleh kerajaan supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati
kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan
telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) dan memfokuskan kawasan luar bandar. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS luar
bandar telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Antara contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ialah kilang kraf
tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Industri
inilah telah menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara secara tidak
langsung. Walaupun IKS ini bersifat sederhana pendapatanya, tetapi kepesatan
dalam proses perniagaan adalah seiring dengan kemajuan negara.
2.
APAKAH
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau
syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing
ganti jualan tahunannya yang tidak melebihi RM 25 juta dan menggaji kakitangan
sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah
komponen yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dan sektor industri ini banyak
menyediakan peluang pekerjaan. Berikutan peranan dan sumbangan besar sektor
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada ekonomi negara, kerajaan memfokuskan
pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar sebagai satu agenda
utama negara dan sumber yang penting ke arah mengubah dasar ekonomi Malaysia
kepada dasar ekonomi baru yang berpandapatan tinggi.
Usaha kerajaan membuka ruang dan peluang
untuk membangunkan sekumpulan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar
bandar yang pelbagai dan mempunyai daya saing yang tinggi adalah tema utama ke
arah pengekalan pertumbuhan ekonomi. IKS adalah penting di dalam proses
perkembangan ekonomi dan turut memainkan peranan yang sangat penting dalam
rangkaian eksport negara. Sesetengah ekonomi negara yang maju telah berjaya
kerana mereka meletakan IKS sebagai bahagian utama ekonomi negara itu, meskipun
di Malaysia angkanya masih di tahap rendah, IKS berpotensi membuat sumbangan
yang besar kepada ekonomi dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk
menjana pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang sedia ada
untuk pertumbuhan masa hadapan negara.
3.
TAHAP
PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA LUAR BANDAR
Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan
sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan
bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan
mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan.
Secara sinonimnya perusahaan IKS ini saling melengkapi dan berkaitan sebagai
contoh, kilang perusahaan keropok
memerlukan hasil tangkapan laut, manakala kilang perusahaan kerepek pula
memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain.
Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut meningkat di
kawasan tersebut. Hasil pertanian penduduk kampung yang selama ini sukar untuk
dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS.
Secara khususnya hukum ekonomi
menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan.
Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi
akan meningkat. Secara tidak langsung sektor pertanian akan meningkat.
Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius
melalui usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk membantu
meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha
memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat
kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan
sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para
petani dan nelayan. Tuntasnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini merupakan
serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan
ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara Malaysia
yang ini.
Keunikan negeri-negeri dalam Malaysia
mempunyai pelbagai kesenian dan budaya tersendiri daripada penduduknya yang
pelbagai bangsa dan agama mereka. Melalui kolaborasi bersama kewujudan IKS dan
sektor perlancongan sedikit sebanyak boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi di
negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong sangat suka membeli
kraftangan untuk dibawa pulang negara mereka.
Dengan kewujudan perusahaan industri
kecil dan sederhana (IKS) ini, negara kita Malaysia menjadi antara negara yang banyak
menghasilkan barangan kraftangan unik daripada pelbagai etnik dan kaum yang
menjadi warganegara Malaysia ini. Sebagai contoh perusahaan membuat bubu untuk
menangkap ikan, sangkar burung puyuh, tembikar, pasu bunga, ukiran, labu
sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil
kraftangan inilah melambangkan identiti serta jati diri negara.
Para pelancong yang datang melawati
negara kita Malaysia sanggup membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk
membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah
kepada rakan-rakan mereka apabila kembali ke tanah air mereka kelak. Dalam hal
ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa “tak tumbuh, tak melata, tak sungguh
orang tak kata”. Hal ini jelas membuktikan bahawa kualiti serta keunikan
kraftangan penduduk bumi Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke
negara itu. Impaknya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan kredibiliti
imej perniagaan serantau Malaysia sebagai negara berbilang bangsa malahan dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.
4.
KEPENTINGAN
DAN SUMBANGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR
Seperti yang kita sedia maklum Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ini telah banyak menyediakan seribu satu kepentingan
kepada masyarakat, bangsa dan negara. Perusahaaan yang diperkenalkan melalui
platform Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini dapat meningkatkan ekonomi
masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Kita tahu bahawa industri
ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung
Satu Produk’. Sebagai contoh kilang membuat ragi, kilang membuat
karipap sejuk beku, kilang membuat sos cili, kilang kraf tangan dan
lain-lain lagi.
Dengan itu, pengusaha kilang IKS luar
bandar ini dapat memasarkan hasil produk keluaran mereka kepada
penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang datang berkunjung ke
kampung mereka. Disamping itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di
pasar malam, pasar tani serta di gerai karnival-karnival jualan. Meskipun hasil
keuntungan IKS ini penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqomah
yang ditunjukkan oleh pengusaha IKS menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat
perhatian umum para pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk IKS luar
bandar ini, peribahasa ada menyatakan “di mana ada kemahuan di situ ada
jalannya dan genggam bara api biar jadi debu” haruslah dijadikan pegangan.
Prinsip membujur lalu, melintang patah memberi makna berani menghadapi cabaran
dan dugaan dalam perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS luar
bandar pada hari ini. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ini sangat penting untuk meningkatkan
pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan pembangunan
ekonomi negara.
Selain itu, Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) luar bandar juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan
kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk
menjana pendapatan dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) ini memerlukan pekerja yang ramai. Sebagai contoh,
kilang membuat karipap sejuk beku memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan,
memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka. Sekurang-kurangnya
pengusaha kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tersebut memerlukan antara
15 hingga 20 orang pekerja untuk menjalankan operasinya produknya.
Dalam usaha untuk meminimumkan kos
pengeluaran serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat
setempat. Hal ini secara tidak langsungnya akan membuka peluang pekerjaan
kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU), dan mereka yang
sedang mencari pekerjaan seperti penganggur untuk bekerja di situ. Sikap
pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang prihatin serta mengutamakan
khidmat sosial kepada masyarakat setempat, akan mewujudkan perasaan kekitaan
terhadap Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diwujudkan di sesuatu kawasan itu.
Peribahasa Melayu ada mengatakan “orang berbudi kita berbahasa, orang memberi
kita merasa”, Natijahnya, para pekerja tersebut akan berusaha dengan gigih
untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk keluaran kilang tersebut. Secara
amnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini bukan sahaja dapat membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk kampung malahan dapat membantu negara mengurangkan
masalah pengangguran. Secara langsungnya dengan kewujudan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) ini, pembangunan ekonomi negara akan terus maju dan kehadapan
seantero dunia.
5.
HALANGAN
DAN CABARAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR
Oleh kerana terlalu banyak pengusaha yang
ingin menceburi bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) cabaran utama yang
dihadapi oleh industri ini adalah dari segi kemahiran dan latihan
pengusaha-pengusaha. Kebanyakan pengusaha industri ini mengusahanya di kawasan
luar bandar. Kebiasaanya, ia dikendalikan oleh pengusaha –pengusaha yang kurang
berpendidikan. Mereka menggunakan teknologi teknologi yang rendah kerana tidak
memperoleh latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran
yang bersesuaian,teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri ini.
Selain itu,industri ini menghadapi cabaran
dari segi modal. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan
modal daripada bank-bank swasta kerana syarat-syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran.
Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana
jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk
mengembangkan industri ini.
Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk
kemajuan industri ini. Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana barangan
yang diusahakan,misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini
lebih bersikap setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan
pengiklanan dan promosi. Oleh itu,pasaran IKS terhad kepada golongan luar
bandar sahaja.
Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh industri
ialah bahan mentah. Adakalanya masalah
dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri
ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos
pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini.
Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami
kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi masalah.
6.
SISTEM
SOKONGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR
Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada
permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk
pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah, Kerajaan akan terus memberi
sokongan untuk menguatkan lagi pertumbuhan ekonomi melalui Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) dengan memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan
usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi IKS yang mampan. Antara
langkah-langkah yang telah dikenalpasti :-
·
Untuk memperbaiki sistem sokongan institusi
·
Untuk memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan
·
Untuk menaiktaraf kemahiran teknologi
·
Untuk mempertingkatkan akses pasaran
·
Untuk menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak dan
·
Untuk menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan
hak perlindungan harta intelek.
Dalam menggalak dan menaiktarafkan IKS Bumiputera
di bawah Masyarakat Perdagangan dan Bumiputera (BCIC) usaha akan
dipertingkatkan lagi untuk membantu usahawan Bumiputera memperbaiki kemahiran
mereka di dalam pengurusan perniagaan, ICT, R&D, pembangunan produk dan
pemasaran dan juga mewujudkan hubungan strategik dengan usahawan bukan
bumiputera. Untuk membolehkan PKS dalam industri luar bandar menembusi pasaran
dunia, usaha untuk mempertingkatkan daya saing mereka akan digiatkan. Konsep
satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan
penyertaan yang lebih besar. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan
penggunaan teknologi di dalam proses industri luar bandar, memperolehi
pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan
dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.
7.
LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR
Sokongan kerajaan tidak kurang pentingnya
dalam mempengaruhi kejayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar.
Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai
inisiatif dan program untuk menyokong pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) luar bandar. Ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) luar bandar yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah
meningkatkan sumbangan IKS luar bandar kepada ekonomi negara. Sokongan kerajaan
bagi membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar adalah dalam
bentuk program yang dirangka khusus bagi menyediakan infrastruktur supaya lebih
mudah bagi pengusaha menceburi bidang perniagaan, menanam semangat keusahawanan
dan mendidik bakal usahawan.
Bagi memastikan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) luar bandar terus berdaya maju, pelbagai langkah turut diatur oleh
kerajaan untuk membantu IKS meningkatkan kejayaan mereka. Sesebuah IKS akan
maju jika diberi pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman
kewangan. Oleh kerana IKS memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan
ekonomi negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin
meningkat pada setiap tahun. Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam
bidang perniagaan, pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu
perusahaan. Dengan adanya pinjaman tersebut, Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
luar bandar dapat membangunkan
perusahaan mereka terutamanya kepada perusahaan-perusahaan yang masih dalam
peringkat untuk berkembang sehingga ke tahap global.
Disamping itu juga, pinjaman yang disediakan
membantu untuk membuka peluang kepada golongan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) luar bandar yang sedia ada mengembangkan perniagaan mereka selain dapat
memenuhi keperluan dalam memulakan perniagaan baru. Sebagaimana yang kita telah
ketahui, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar sering dikaitkan dengan
kekurangan dana untuk membeli teknologi. Bagaimanapun, ini semua akan berubah
dengan adanya bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada IKS luar
bandar. Hasrat kerajaan untuk melihat IKS luar bandar terus berkembang maju
menyebabkan pinjaman dari segi kewangan dipermudahkan dan dipertambahkan dalam
jumlah yang lebih banyak. Usaha ini secara tidak langsung akan membantu memberi
impak yang positif kepada ekonomi Negara.
Kerajaan terus memainkan peranan aktif dalam
membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar menerusi pelbagai program dan aktiviti. Dalam
usaha ke arah mewujudkan dan membangunkan usahawan yang dinamik dan
berpengetahuan, kerajaan telah menganjurkan kursus dan latihan kepada IKS
terutamanya untuk usahawan yang berpotensi dan sedia ada. Kursus dan latihan
yang diberikan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan pekerja
untuk memastikan IKS luar bandar memiliki kumpulan tenaga kerja yang mahir dan
berpengetahuan terutamanya dari segi pengurusan. Agensi yang terlibat dalam
kursus dan latihan ini kebiasaanya dibuat oleh pihak TEKUN dan MARA, kerana
agensi ini amat memberi peranan dalam latihan dan kursus yang dibuat untuk
usahawan IKS, seperti kursus dan latihan pembungkusan, kewangan, kepimpinan, pengurusan,
dan sebagainya. Walaupun mempunyai dana yang mencukupi, perusahaan IKS tidak
mungkin berjaya sekiranya tidak mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam
menguruskan perusahaan.
Dengan memiliki pengetahuan dan kemahiran
yang tinggi, pekerja dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti organisasi.
Kursus dan latihan yang disediakan penting bagi membolehkan sesebuah organisasi
berkembang menjadi syarikat yang berjaya dalam peringkat domestik serta dapat
melangkau ke peringkat serantau dan global. Dengan melihat kepada segala
keperluan IKS luar bandar dari segi kewangan dan kemahiran, kerajaan turut
menawarkan khidmat nasihat perniagaan yang komprehensif kepada IKS luar bandar
supaya IKS ini mendapat khidmat nasihat yang berkualiti tinggi dan lebih baik
berbanding sebelumnya terutamanya dalam bidang pemasaran, pengurusan dan
operasi. Perkhidmatan yang telah ditawarkan kepada IKS luar bandar adalah dalam
semua peringkat kitaran perniagaan bagi membantu mereka berkembang dan mencapai
kecemerlangan dalam aktiviti perniagaan. Terdapat beberapa agensi yang
menyediakan khidmat nasihat kepada IKS. Antaranya ialah seperti SMIDEC, MARDI
dan MARA. Tujuan khidmat nasihat ini disediakan adalah dengan tujuan untuk
memberi panduan kepada IKS luar bandar tentang cara menguruskan perniagaan
dengan lebih baik terutamanya dalam persekitaran kos yang semakin meningkat dan
lebih sukar pada masa kini.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar
bandar ini boleh mendapatkan khidmat
nasihat dengan lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang berkesan untuk
menguruskan perniagaan dan secara tidak langsung membantu bagi mengukuhkan
operasi perniagaan IKS. Selain itu, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar
bandar boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai bagi menangani masalah yang dihadapi
dalam perniagaan dan memperbaiki proses pengurusan. Dengan adanya khidmat
nasihat tersebut, pengusaha IKS akan lebih bermotivasi dalam menjalankan
perniagaan serta dapat menghasilkan idea yang lebih kreatif untuk diaplikasikan
dalam perniagaan pada masa depan.
Untuk mengembangkan lagi perniagaan IKS,
kerajaan turut menyediakan infrastruktur atau kemudahan bagi menyokong
pertumbuhan IKS terutamanya kepada IKS di kawasan luar bandar. Antara kemudahan
yang disediakan ialah kilang dan bengkel, penyediaan subsidi tanah, subsidi mesin dan subsidi
pengangkutan dan sebagainya. Kemudahan ini disediakan adalah dengan tujuan
untuk memberi keselesaan dan memudahkan lagi proses perniagaan IKS dijalankan.
Malah kemudahan tersebut juga memberi peransang kepada IKS luar bandar dalam
usaha untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan organisasi. Sebagai contoh,
melalui penyediaan tanah oleh kerajaan, pengusaha IKS boleh memanfaatkan
kemudahan tersebut untuk dijadikan sebagai tapak perniagaan atau sebagai tempat
untuk menghasilkan bahan mentah sendiri. Dengan itu, pengusaha dapat
mengurangkan kos di mana sekiranya IKS sudah mempunyai tapak atau bahan mentah
sendiri maka pengusaha tidak perlu lagi mengeluarkan dana untuk membayar sewa
dan kos untuk bahan mentah. Dari segi penggunaan mesin pula ia boleh
meningkatkan hasil keluaran dan menjamin kualiti yang baik, dimana ia amat
mempengaruhi pemasaran untuk pembekalan yang berterusan. Dari segi pengangkutan
pula ia memudahkan untuk ke satu kawasan ke kawasan yang lain, dimana ia amat
membantu dalam penghantaran bekalan dan memperolehi bekalan dengan cara yang
lebih berkesan.Oleh yang demikian, penting bagi kerajaan untuk memberikan
komitmen sebenar ke arah memajukan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
luar bandar.
Antara lain langkah dan dorongan yang telah
kerajaan salurkan kepada pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
luar bandar ini adalah dengan menyediakan pembiayaan dan geran. Kerajaan
menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini
disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui
institusi-institusi kewangan.
7.1 Geran dan Insentif
Berikut adalah geran dan insentif yang
disediakan kepada pengusaha IKS:
1.
Skim kewangan di bawah Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
2.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil &
Sederhana (SMIDEC)
3.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia (MATRADE)
4.
Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
5.
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA)
6.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MECD)
7.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA)
8.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI)
9.
Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah
(KPLB)
10. Skim
geran penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)
7.2 Skim Khas Bank Negara
Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas
Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang
berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan.
7.3 Pinjaman
Berikut adalah kemudahan pinjaman yang
disediakan kepada pengusaha IKS:
1.
Institusi kewangan kerajaan
2.
Bank komersial
3.
Syarikat kewangan
7.4 Program Latihan dan Pembangunan
Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan
dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti
IKS.
1.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (SMIDEC)
2. Majlis
Amanah Rakyat (MARA)
3.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MECD)
7.5 Khidmat Nasihat dan Perundingan
Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan
lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh
agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain.
1. Khidmat
nasihat dan sokongan teknikal
2. Panel
penasihat pakar EKS (SEAP)
3. Skim
khidmat pakar perunding MARA
4. Bahagian
pembangunan infrastruktur perniagaan (BPI)
5. Seksyen
pembangunan industri kecil dan sederhana
6. UKM
Pakar Runding Sdn Bhd
7. Persatuan
IKS Malaysia
7.6 Perbadanan Pembangunan Industri Kecil
& Sederhana (SMIDEC)
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (SMIDEC) adalah agensi Kerajaan utama yang bertanggungjawab
menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan
pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan
untuk orang ramai dan pengusaha IKS.
a)
Program rantaian industri
b)
Program pembekal global
c)
Program peningkatan kemahiran
7.7 Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi
Kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk
Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan
perusahaan. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang
disediakan oleh MARA:
a)
Latihan Keusahawanan
b)
Skim Latihan perintisan
c)
Program promosi pemasaran
7.8 Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (MECD)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MECD) merupakan agensi utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan
usahawan Bumiputera. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan
yang disediakan oleh MECD:
a)
Latihan asas perniagaan (LAP)
b)
Latihan Asas Keusahawanan Siswazah
c)
Program pemasaran bersepadu perabot
d)
Kursus/Bengkel Keusahawanan Anjuran Bahagian
Latihan Keusahawanan
e)
Kursus Keusahawanan Institut Keusahawanan
Negara (INSKEN)
f)
Program Latihan Anjuran Bahagian Francais dan
Vendor
8.
KESIMPULAN
Secara
keseluruhanya terdapat banyak pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar
Bandar yang telah membantu masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia
kita tidak seharusnya membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu
gigih meningkatkan kualiti IKS luar bandar kerana industri ini sebenarnya
merupakan sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan
meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada di dalam
atau di luar negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung
jati diri negara telah terserlah. Oleh hal yang demikian, semua pihak
iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta individu perlulah bekerjasama
untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah diperuntukkan oleh
kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS luar bandar.
Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di
peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan
gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
9.
RUJUKAN
Abdul Aziz Ab. Latif, Mohd Abdullah Jusoh,
Mohd Azlan Yahya, Osman Jusih, Syhira Hamidun, Asas Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan Kecil dan Sederhana, 2011, Universiti Malaysia Kelantan
Ida Nadia Hamidon, Hubungan Strategi Campuran Pemasaran Dalam Perusahaan Kecil Dan
Sederhana (Pks) Dengan Kepuasan Pengguna: Sektor Perkilangan (Produk Makanan
Dan Minuman, 2009, Kolej Pernioagaan Universiti Utara Malaysia.
Small and Medium Industries Development
Corporation (SMIDEC), Panduan Langkah
Demi Langkah Memulakan Perniagaan, 2009, Kuala Lumpur
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA), Agro Biz – Pertanian Adalah
Perniagaan Industri Asas Tani, 2006, Utusan Malaysia
Rujukan Tambahan Internet
http://www.bumigemilang.com/karangan-4, diakses pada 28 sep 2015
https://tatapanminda.wordpress.com/2011/06/29/perdagangan-tingkatan4-bab5-industri-kecil-dan-sederhana, diakses pada 7 ogos 2015
www.smeinfo.com.my, diakses pada 30 ogos 2015
10. LAMPIRAN
Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
BalasPadamAdakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman syarikat, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan meraikan musim baru dengan senyuman di wajah mereka.
BalasPadamUntuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui email {} mariasednerloanfirm@gmail.com
Maklumat Peminjam:
Nama penuh: _______________
Negara: __________________
Seks: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: _______
Tempoh Pinjaman: ____________
Pinjaman destinasi: _____________
Nombor telefon: ________
Ibu maria
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
BalasPadam