Isnin, 31 Ogos 2015

ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SESI JANUARI 2015

TUGASAN INDIVIDU 1:

 
Soalan c)


Pembangunan Industri kecil dan Sederhana di luar Bandar masih dalam peringkat memuncul ataupun tidak begitu memberangsangkan berbanding dangan industri-industri di kawasan Bandar. Kerajaan juga melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah pun mewujudkan pelbagai agensi bagi membangunkan IKS di luar Bandar. Bincangkan senario  dan keadaan semasa IKS luar Bandar

  
SADE 1013:

ASAS KEUSAHAWANAN

 
 
DISEDIAKAN UNTUK:

MATHIVANNAN JAGANATHAN

  

DISEDIAKAN OLEH:

 
NAMA                                   :           MOHD. NOORHAMIZAN BIN HAMID

NO.MATRIK                        :           231354

PUSAT                                   :           KAMPUS UUM KUCHING (i-Cats)

TARIKH SERAHAN           :          18 OGOS 2014
 
 
 
 
 


ISI KANDUNGAN                                                                                                            ( M/S )
Muka Depan                                                                                                                           i
Skema Pemarkahan                                                                                                              ii
1.    Pengenalan          
                                                                                                                                    1
2.    Apakah yang dimaksudkan dengan industri Kecil & Sederhana                                     2
(IKS) Luar Bandar                                          
                                                              
3.    Tahap Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar                            3-4
4.    Kepentingan dan Sumbangan Industri Kecil & Sederhana                                             5-6
 (IKS) Luar Bandar                                                                                                     
5.    Halangan dan Cabaran Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar                          7
6.    Sistem Sokongan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar                                   8
7.    Langkah-langkah untuk Mendorong dan Membangun                                                 9-14
Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar                                  
                                   
7.1                Geran dan Insentif
7.2                Skim Khas Bank Negara
7.3                Pinjaman
7.4                Program Latihan dan Pembangunan
7.5                Khidmat Nasihat dan Perundingan
7.6                Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC
7.7                Majlis Amanah Rakyat (MARA)
7.8             Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
8.    Kesimpulan                                                                                                                      15
 
9.    Rujukan                                                                                                                            16
 
10. Lampiran                                                                                                                          17

 
 
 
 
 
 
 



Lampiran 1

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
 

SEMESTER JJ152 SESI 2015/2016
 

SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SKEMA MARKAH
 

NO
Penilaian
Markah yang diperuntukan
Markah yang diperolehi
1
Pengenalan
 
5
 
2
Huraian, Perbincangan dan Cadangan
 
20
 
3
Kesimpulan
5
 
 
4
Rujukan dan Lampiran
5
 
 
5
Kualiti Penulisan
5
 
 
6
Blog
-
 
 
Jumlah Markah
 
40 Markah
 
 

 

Komen:_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Tandatangan Pemeriksa        : ________________________________

Nama Pemeriksa                    : ________________________________

Tarikh                                      : ________________________________

Jumaat, 5 Jun 2015

MAHUKAN BERSATU: SAYA BELUM NYANYOK - TUN M

MAHUKAN BERSATU: SAYA BELUM NYANYOK - TUN M: TUN MAHATHIR PWTC- Jumaat, 05 Jun 2015, selepas 22 tahun memimpin Malaysia sebagai Pedana Menteri, bekas Pedana Menteri Malaysia Tun Ma...

SAYA BELUM NYANYOK - TUN M

TUN MAHATHIR
PWTC- Jumaat, 05 Jun 2015, selepas 22 tahun memimpin Malaysia sebagai Pedana Menteri, bekas Pedana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamed  masih belum berpuas hati lagi dengan tempoh yang telah diberikan bahkan beliau seolah-olah hendak menjadi hero dalam semua perkara. Dengan usia yang dah lanjut seperti Tun M, adalah lebih baik untuk berhenti daripada berkarya sebagai orang politik. Apa belum cukup tempoh Tun M mentadbir urus Negara Malaysia?. Apa belum cukup kekayaan dan harta yang Tun M miliki?. Tun M berkata, “saya belum nyanok” dan saya masih boleh menjadi penasihat kepada semua parti-parti politik yang ada di Malaysia secara umum. Dengan sikap yang bebas mengkritik, Tun M merasa selesa dengan keadaan tersebut.

Sekarang ini Tun M mengkritik sekerasnya pimpinan Dato’ Seri Najib Razak dan berusaha mendedahkan kepada semua rakyat Malaysia tentang semua permasalahan dan perkara yang berlaku sepanjang pimpinan Dato’ Seri Najib Razak. Dalam sedar atau pun tidak Tun M telah membuka ruang untuk orang-orang berbangsa yang sama supaya bertelagah sesama sendiri dan menampakan kebodohan dalam kepintaran Tun M sendiri.
Memang niat dan usaha Tun M untuk menyatakan sesuatu perkara itu betul tetapi bukan dengan cara memalukan seperti yang Tun M lakukan. Apakah pernah Tun M dimalukan seperti ini ketika menjadi Pedana Menteri 22 tahun yang lalu.  Kalau ini bukan masalah memalukan tetapi berkaitan masalah DSN menipu rakyat, pernahkan Tun M sendiri berfikir secara rasional tentang permasalahan yang berlaku semasa Tun M menjadi Pedana Menteri Malaysia dahulu? Biarlah DSN memimpin dengan cara beliau tersendiri, kenapa Tun M perlu masuk campur lagi sedangkan Tun M bukan siapa-siapa lagi sekadar “Tun M”, masuk campur dalam urusan tadbir Negara lagi? Soalnya kalau bukan  hendak masuk campur sekadar untuk menegur, wahai Tun M yang cukup dewasa “kamu sendiri yang meletak jawatan sebagai PM, dan kamu sendiri yang buat keputusan terhadap apa yang kamu  putuskan, pernah orang sibuk bertanya dengan apa yang kamu miliki? Atau cukup bijak untuk disembunyi? Zaman Tun M mentadir pun ada masalah tapi mungkin masalah Tun M rahsiakan daripada rakyat juga. Mustahil tiada dan mustahil Tun M terlalu cekap memimpin tanpa ada masalah seperti hari ini.

Tun M apa pegangan kamu dan apa keinginan kamu lagi terhadap pimpinan DSN, sehingga beliau memutuskan untuk turun sebagai PM barulah kamu puas, kemudian digantikan lagi dengan PM yang baru, dan selagi Tun M masih hidup dan nyanyok seperti sekarang ini pasti PM yang akan menggantikan DSN nanti akan menerima nasib yang sama seperti Tun Rahman, Tun Razak, Tun Abdullah dan DSAI.
Bersemukalah tanpa sebarang media antara Tun M dan DSN apakah itu lebih baik daripada perpecahan yang ditimbulkan ini. Pasti pihak ketiga bertepuk tangan sakan dan berparti besar-besaran melihat perpecahan bangsa ini. Cukuplah 22 tahun negeri borneo tiada pembangunan bersama kamu dan hanya dasar-dasar impian hanya tinggal impian. Tun M berehatlah bukan kamu membantu menjernihkan keadaan tetapi menambah keruh lagi keadaan apabila keangkuhan dan rasa masih berkuasa mendampingi kamu.

Corak yang Tun M bawa ada acuan nya tersendiri dan corak DSN pun ada acuan nya tersendiri. Terpulanglah pada pimpinan masing-masing, kenapa perlu berlaga sesama pemimpin. Apakah itu belum nyanyok Tun M kamu katakan?. Memang adat orang yang nyanyok, mana lah mungkin mengaku kerana nafsu masih membelenggu. Tambah lagi dengan pengikut-pengikut yang hanya anggok-anggok dan geleng-geleng menjadikan lagi keaadan semakin panas berbisa. Hanya ramai batu api daripada anggasnya. Tun M di perbodohkan dan dipergunakan mereka untuk melihat perpecahan rakyat Malaysia. Biarlah Tun M bersama pengikutnya sendiri tidak menyokong DSN, dan biarlah pengikut DSN bersama penyokongnya. Dua pemimpimpin Negara bertelagah kerana ada pihak berkepentingan maruah Negara dan nasib rakyat tergadai bagai tiada bermakna lagi. Kalau tidak mahu menyokong kerajaan DSN cukup-cukuplah seperti parti pembangkang yang lain, tidak usahlah memalukan diri sendiri.

Dulu Berjaya kamu tumbangkan ramai PM Malaysia, itu mungkin atas dasar apa yang berwajib atas kepentingan kamu, sebab keinginan kamu untuk menjadi PM cukup besar. Malangnya tempoh itu langkah silap kamu gunakan dan kerugian yang kamu perolehi kerana kekayaan Negara kamu lupa kendali secara peribadi. Sudah nyanyok barangkali itulah hobinya supaya empayar yang terbina bersama satu ketika dahulu Tun M hendak runtuhkan semula. Kalaulah antara dua pemimpin ini meninggal dalam pada keadaan Negara parah dengan perpecahan ini, sudah pasti semua penderitaan dan kesusahan rakyat Malaysia akan disoal bersama di alam sana. Matanglah bukan dengan cara ini, tapi matanglah dengan cara berperibadi tinggi. Bukan kamu dari kalangan yang tidak berpendidikan, bahkan diberi kepercayaan untuk mengurus pentadbiran. Bila ego dan rasa masih berkuasa walau sudah tiada apa-apa Tun M masih jua menyimpan rasa tidak puas hati kerana masih ada projek yang diarah buat belum nampak apa-apa. Berkata terhutang budi pada ayahanda, tapi anakanda diperlaku seperti budi yang tiada harga dalam dada. Itu biarlah soal kamu dengan dia, kenapa perlu seretkan kepada mereka juga. Biarlah kamu berbicara secara terbuka berdua sahaja, hasilnya barulah disampaikan kepada mereka. Inilah yang dikatakan seorang yang sama-sama hebat bukan atas landasan politik sahaja bahkan dalam semua bidang pun sama.

Nasib dan maruah rakyat pun akan tergadai kerana perkara yang kamu lakukan, kalau perfesional bersemuka tanpa media, barulah perkara tidak baik dibawa sepakat bersama. Ini jalan genting yang kamu gunakan dan masing-masing mereka yang ada kepentingan saling bersaing supaya kedua-dua kamu “merasa menang tapi kalah dan merasa kalah separuh mati”. Bukan tiada pemerhati di dalam dan di luar, Malaysia uzur hanya menanti tiba masanya untuk dikubur. Inilah engkara perkara yang menjadi buah bicara bukan satu penyelesaian yang membawa khabar gembira tetapi lebih banyak membawa kepada khabar derita dan sengsara.


Tun M, berehatlah menanti masa tiba, bukan mendoakan tapi kenalah sedar, usia itu bukan pentasnya politik sahaja, tiba masanya menangis air mata darah pun tiada berguna. Dosa dan pahala itu bukan soal bicara kita, tapi masing-masinglah tahu kemana hidup selepas singgah sementara di dunia. Ini bukan desakan ataupu pro kepada mana-mana pihak yang berkepentingan politik Malaysia. Tapi inilah reality nasib rakyat jelata kerana dua pembesar bersengkata. 

Khamis, 23 April 2015

MANA JALAN RAYA & BEKALAN AIR KAMPUNG KUPANG YANG (YB) JANJIKAN DULU?? SEMUA PALSU - PRN PENENTU


MANA JALAN RAYA & BEKALAN AIR KAMPUNG KUPANG YANG (YB) JANJIKAN DULU?? SEMUA PALSU - PRN PENENTU


Jalan Kampung yang sekian lama tiada perubahan

Adakah kami sudah maju? Adakah kami sudah diberi layanan seperti mereka yang lain? Adakah kami ini hanya boneka bernyawa yang dipergunakan untuk memenuhi peti undi parti kalian? Mana janji-janji manis sebelum PRN & PRU yang lepas? Mana?? Mana?? "Jika saya menang di sini, kampung ini akan saya jadikan sebagai sebuah kampung yang maju dan menjadi contoh bagi kampung-kampung sekitarnya" ujarnya dengan tegas.."saya akan bina jalanraya berturap yang menghubungkan pekan terdekat (saratok) bagi memudahkan penduduk kampung ini memperolehi bekalan harian di kampung dan masalah air paip tiada yang menyukarkan urusan penduduk kampung"ini yang paling UTAMA & akan diberi KEUTAMAAN yang serius oleh saya, memandangkan jalan ini adalah jalan penghubung kepada penduduk disini...."padang futsal, dewan masyarakat untuk aktiviti riadah dan komuniti belia remaja saya akan usahakan secepat mungkin demi penduduk disini"..

Bertepuk sakan penduduk disini mendengar ucapan seorang WAKIL RAKYAT yang hanya tahu menabur janji PALSU untuk menyelamatkan periuk nasi sendiri sedang penduduk dibiarkan papa kedana hidup dalam kesengsaraan,derita dan kecewa ibarat kucing kurap meminta makanan! Kami munusia juga seperti kalian walau tiada pangkat dan darjat yang boleh bergelar YANG BERHORMAT (YB), tapi di sisi Allah tetap sama tiada bandinganya..Kenapa tiada KEMAJUAN untuk kami disini walau hanya JALAN RAYA kecil sejauh 30 KM berbanding jalan raya besar yang jauhnya sampai beribu KM dan BEKALAN AIR yang amat diperlukan dalam kehidupan harian????


Jalan yang berlubang amat menyukarkan perjalanan
 
BARISAN NASIONAL tidak pernah KALAH & DITUMBANGKAN di kawasan kami ini walau banyak yang telah datang menghasut dan ingin memecah belahkan parti ini..TAPI kenapa TAAT SETIA & KEPERCAYAAN yang menggunung tinggi ini terhadap BARISAN NASIONAL diperlekeh seperti kami hanya menumpang dinegeri sendiri....!!!! Berpuluh-puluh tahun, bertukar ganti pedana menteri, bertukar ganti sudah ketua menteri dan masih kekal juga wakil rakyat ini memegang kawasan kami, tapi kami masih belum diberi kemajuan seperti kampung terdekat dengan kampung kami ini. Jalan menghubung ke kampung PUSA, DEBAK, MALUDAM, BELADIN, TAMBAK, TUIE, MANGGUT, SPAOH dan lain-lain sudah boleh dilalui dengan senang dan tidak menyukarkan lagi penduduk kampung itu.. kampung kami apa kurangnya dengan kampung itu,??

Tiada yang ambil PEDULI tentang KEMATIAN penduduk kampung kami kerana punca tiada jalan penghubung yang sempurna. MATI KARAM DI SUNGAI KRIAN beberapa tahun yang dah berlalu, MATI BERSALIN & KEGUGURAN AKIBAT KEMALANGAN yang tragis di jalan ban yang tiada kemajuan..terlalu bnyak cerita, apakah kerja engkau sebagai WAKIL RAKYAT kalau bukan untuk membantu rakyat penduduk dikawasan engkau???? Adakah senang lenang GAJI & ALAUN engkau gunakan untuk belanja harta dan makan minum isteri dan anak-anak engkau? Tidak rasa berdosakah engkau berapa ramai nyawa yang terkorban kerana masalah JALAN RAYA yang kecil ini engkau tidak boleh selesaikan?? Engkau lihatlah adakah masih kepada engkau undi-undi kami ini ataupun tidak lagi...kami mahu DITUKAR@DICALONKAN wakil rakyat yang lebih matang dan berjiwa Seperti KETUA MENTERI SARAWAK (Datu Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem)..jika sayangkan undian penduduk kami untuk menampung kemenangan BARISAN NASIONAL tolonglah kami, bantulah kami. Tiada lain dan tiada lebih permintaan kami hanya JALAN RAYA berturap yang selamat untuk di gunakan..

Jangan beri alasan "jalan ini banyak dgunakan oleh lori-lori sawit felcra memunggah hasilnya, jika jalan ini dibuat, akan rosak dan akan pecah-pecah. Maka tidak selamat untuk digunakan" JADI kenapa jalan raya besar yang lain tidak rosak yang mana sudah di lalui oleh beribu-ribu TAN lori sawit, lori balak, lori simen, lori batu dan lori pasir??? Kenapa jalan raya untuk kampung kami bukan STANDART jalan raya itu kah? Adakah Jalan raya kampung kami hanya layak dengan tanah lumpur dan batu tongkang!!! Kalau dah dipilih dan mengangkat sumpah sebagai Wakil Rakyat maka itulah amanah dan tanggungjawab yang kamu pikul, bukan ambil kesempatan dalam kesempitan penduduk kampung dan masyarakat khususnya..tanda engkau ada pendidikanlah engkau dipiliih sebagai YB...

Bila dijemput untuk hadir program penduduk kampung jarang-jarang mahu menggunakan JALAN RAYA, ini tidak GAH menunjukkan engkau adalah YB yang berkuasa ada harta dan apa sahaja..datang naik HELIKOPTER, kenapa bukan KERETA KANCIL, MOTISKAL DAN PERAHU SAMPAN.??? Barulah merasa derita kami yang mana engkau aniaya dengan janji palsu tersebut. Sidang mesyuarat RANTING, PEMUDA PBB,PERSATUAN KAUM WANITA, PERTUBUHAN BELIA, JKKK, PIBG, PENGHULU, KETUA KAMPUNG, KETUA KAUM, TUAI RUMAH & PENDUDUK KAMPUNG sudah diadakan, bagi membincangkan permasalahan ini. Isu utama adalah berkaitan dengan jalan raya dan bekalan air, adakah masih layak Wakil Rakyat (BN) di undi untuk PRN tahun depan..

Tan Sri Adenan Satem kami mahu Wakil Rakyat kawasan kami membina JALAN RAYA & BEKALAN AIR kepada kami...seperti Gagasan Tan Sri, "keutamaan adalah penduduk luar bandar yang belum dibangunkan".


 ***SUARA PENDUDUK KAMPUNG KUPANG,SARATOK

 #P.205 Saratok

#N.33 Klaka

#ambilseriusapakamiajukan