MANA JALAN RAYA &
BEKALAN AIR KAMPUNG KUPANG YANG (YB) JANJIKAN DULU?? SEMUA PALSU - PRN PENENTU
Jalan Kampung yang sekian lama tiada perubahan |
Adakah kami sudah maju? Adakah kami sudah diberi layanan seperti
mereka yang lain? Adakah kami ini hanya boneka bernyawa yang dipergunakan untuk
memenuhi peti undi parti kalian? Mana janji-janji manis sebelum PRN & PRU
yang lepas? Mana?? Mana?? "Jika saya menang di sini, kampung ini akan saya
jadikan sebagai sebuah kampung yang maju dan menjadi contoh bagi
kampung-kampung sekitarnya" ujarnya dengan tegas.."saya akan bina
jalanraya berturap yang menghubungkan pekan terdekat (saratok) bagi memudahkan
penduduk kampung ini memperolehi bekalan harian di kampung dan masalah air paip
tiada yang menyukarkan urusan penduduk kampung"ini yang paling UTAMA &
akan diberi KEUTAMAAN yang serius oleh saya, memandangkan jalan ini adalah
jalan penghubung kepada penduduk disini...."padang futsal, dewan
masyarakat untuk aktiviti riadah dan komuniti belia remaja saya akan usahakan
secepat mungkin demi penduduk disini"..
Bertepuk sakan penduduk disini mendengar ucapan seorang WAKIL
RAKYAT yang hanya tahu menabur janji PALSU untuk menyelamatkan periuk nasi
sendiri sedang penduduk dibiarkan papa kedana hidup dalam kesengsaraan,derita
dan kecewa ibarat kucing kurap meminta makanan! Kami munusia juga seperti
kalian walau tiada pangkat dan darjat yang boleh bergelar YANG BERHORMAT (YB),
tapi di sisi Allah tetap sama tiada bandinganya..Kenapa tiada KEMAJUAN untuk
kami disini walau hanya JALAN RAYA kecil sejauh 30 KM berbanding jalan raya
besar yang jauhnya sampai beribu KM dan BEKALAN AIR yang amat diperlukan dalam
kehidupan harian????
Jalan yang berlubang amat menyukarkan perjalanan |
BARISAN NASIONAL tidak pernah KALAH & DITUMBANGKAN di
kawasan kami ini walau banyak yang telah datang menghasut dan ingin memecah
belahkan parti ini..TAPI kenapa TAAT SETIA & KEPERCAYAAN yang menggunung
tinggi ini terhadap BARISAN NASIONAL diperlekeh seperti kami hanya menumpang
dinegeri sendiri....!!!! Berpuluh-puluh tahun, bertukar ganti pedana menteri,
bertukar ganti sudah ketua menteri dan masih kekal juga wakil rakyat ini
memegang kawasan kami, tapi kami masih belum diberi kemajuan seperti kampung
terdekat dengan kampung kami ini. Jalan menghubung ke kampung PUSA, DEBAK,
MALUDAM, BELADIN, TAMBAK, TUIE, MANGGUT, SPAOH dan lain-lain sudah boleh dilalui
dengan senang dan tidak menyukarkan lagi penduduk kampung itu.. kampung kami
apa kurangnya dengan kampung itu,??
Tiada yang ambil PEDULI tentang KEMATIAN penduduk kampung kami
kerana punca tiada jalan penghubung yang sempurna. MATI KARAM DI SUNGAI KRIAN
beberapa tahun yang dah berlalu, MATI BERSALIN & KEGUGURAN AKIBAT
KEMALANGAN yang tragis di jalan ban yang tiada kemajuan..terlalu bnyak cerita,
apakah kerja engkau sebagai WAKIL RAKYAT kalau bukan untuk membantu rakyat
penduduk dikawasan engkau???? Adakah senang lenang GAJI & ALAUN engkau
gunakan untuk belanja harta dan makan minum isteri dan anak-anak engkau? Tidak
rasa berdosakah engkau berapa ramai nyawa yang terkorban kerana masalah JALAN
RAYA yang kecil ini engkau tidak boleh selesaikan?? Engkau lihatlah adakah
masih kepada engkau undi-undi kami ini ataupun tidak lagi...kami mahu
DITUKAR@DICALONKAN wakil rakyat yang lebih matang dan berjiwa Seperti KETUA
MENTERI SARAWAK (Datu Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem)..jika
sayangkan undian penduduk kami untuk menampung kemenangan BARISAN NASIONAL
tolonglah kami, bantulah kami. Tiada lain dan tiada lebih permintaan kami hanya
JALAN RAYA berturap yang selamat untuk di gunakan..
Jangan beri alasan
"jalan ini banyak dgunakan oleh lori-lori sawit felcra memunggah hasilnya,
jika jalan ini dibuat, akan rosak dan akan pecah-pecah. Maka tidak selamat
untuk digunakan" JADI kenapa jalan raya besar yang lain tidak rosak yang
mana sudah di lalui oleh beribu-ribu TAN lori sawit, lori balak, lori simen,
lori batu dan lori pasir??? Kenapa jalan raya untuk kampung kami bukan STANDART
jalan raya itu kah? Adakah Jalan raya kampung kami hanya layak dengan tanah
lumpur dan batu tongkang!!! Kalau dah dipilih dan mengangkat sumpah sebagai
Wakil Rakyat maka itulah amanah dan tanggungjawab yang kamu pikul, bukan ambil
kesempatan dalam kesempitan penduduk kampung dan masyarakat khususnya..tanda
engkau ada pendidikanlah engkau dipiliih sebagai YB...
Bila dijemput untuk hadir program penduduk kampung jarang-jarang
mahu menggunakan JALAN RAYA, ini tidak GAH menunjukkan engkau adalah YB yang
berkuasa ada harta dan apa sahaja..datang naik HELIKOPTER, kenapa bukan KERETA
KANCIL, MOTISKAL DAN PERAHU SAMPAN.??? Barulah merasa derita kami yang mana
engkau aniaya dengan janji palsu tersebut. Sidang mesyuarat RANTING, PEMUDA
PBB,PERSATUAN KAUM WANITA, PERTUBUHAN BELIA, JKKK, PIBG, PENGHULU, KETUA
KAMPUNG, KETUA KAUM, TUAI RUMAH & PENDUDUK KAMPUNG sudah diadakan, bagi
membincangkan permasalahan ini. Isu utama adalah berkaitan dengan jalan raya
dan bekalan air, adakah masih layak Wakil Rakyat (BN) di undi untuk PRN tahun
depan..
Tan Sri Adenan Satem kami mahu Wakil Rakyat kawasan kami
membina JALAN RAYA & BEKALAN AIR kepada kami...seperti Gagasan Tan Sri,
"keutamaan adalah penduduk luar bandar yang belum dibangunkan".
***SUARA PENDUDUK KAMPUNG KUPANG,SARATOK
#P.205 Saratok
#N.33 Klaka
#ambilseriusapakamiajukan