Jumaat, 5 Jun 2015
MAHUKAN BERSATU: SAYA BELUM NYANYOK - TUN M
MAHUKAN BERSATU: SAYA BELUM NYANYOK - TUN M: TUN MAHATHIR PWTC- Jumaat, 05 Jun 2015, selepas 22 tahun memimpin Malaysia sebagai Pedana Menteri, bekas Pedana Menteri Malaysia Tun Ma...
SAYA BELUM NYANYOK - TUN M
TUN MAHATHIR |
PWTC-
Jumaat, 05 Jun 2015, selepas 22 tahun memimpin Malaysia sebagai Pedana Menteri,
bekas Pedana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamed masih belum berpuas hati lagi dengan tempoh
yang telah diberikan bahkan beliau seolah-olah hendak menjadi hero dalam semua
perkara. Dengan usia yang dah lanjut seperti Tun M, adalah lebih baik untuk
berhenti daripada berkarya sebagai orang politik. Apa belum cukup tempoh Tun M
mentadbir urus Negara Malaysia?. Apa belum cukup kekayaan dan harta yang Tun M
miliki?. Tun M berkata, “saya belum nyanok” dan saya masih boleh menjadi
penasihat kepada semua parti-parti politik yang ada di Malaysia secara umum.
Dengan sikap yang bebas mengkritik, Tun M merasa selesa dengan keadaan
tersebut.
Sekarang
ini Tun M mengkritik sekerasnya pimpinan Dato’ Seri Najib Razak dan berusaha mendedahkan
kepada semua rakyat Malaysia tentang semua permasalahan dan perkara yang
berlaku sepanjang pimpinan Dato’ Seri Najib Razak. Dalam sedar atau pun tidak
Tun M telah membuka ruang untuk orang-orang berbangsa yang sama supaya
bertelagah sesama sendiri dan menampakan kebodohan dalam kepintaran Tun M
sendiri.
Memang
niat dan usaha Tun M untuk menyatakan sesuatu perkara itu betul tetapi bukan
dengan cara memalukan seperti yang Tun M lakukan. Apakah pernah Tun M dimalukan
seperti ini ketika menjadi Pedana Menteri 22 tahun yang lalu. Kalau ini bukan masalah memalukan tetapi
berkaitan masalah DSN menipu rakyat, pernahkan Tun M sendiri berfikir secara
rasional tentang permasalahan yang berlaku semasa Tun M menjadi Pedana Menteri
Malaysia dahulu? Biarlah DSN memimpin dengan cara beliau tersendiri, kenapa Tun
M perlu masuk campur lagi sedangkan Tun M bukan siapa-siapa lagi sekadar “Tun
M”, masuk campur dalam urusan tadbir Negara lagi? Soalnya kalau bukan hendak masuk campur sekadar untuk menegur,
wahai Tun M yang cukup dewasa “kamu sendiri yang meletak jawatan sebagai PM,
dan kamu sendiri yang buat keputusan terhadap apa yang kamu putuskan, pernah orang sibuk bertanya dengan
apa yang kamu miliki? Atau cukup bijak untuk disembunyi? Zaman Tun M mentadir
pun ada masalah tapi mungkin masalah Tun M rahsiakan daripada rakyat juga.
Mustahil tiada dan mustahil Tun M terlalu cekap memimpin tanpa ada masalah
seperti hari ini.
Tun
M apa pegangan kamu dan apa keinginan kamu lagi terhadap pimpinan DSN, sehingga
beliau memutuskan untuk turun sebagai PM barulah kamu puas, kemudian digantikan
lagi dengan PM yang baru, dan selagi Tun M masih hidup dan nyanyok seperti
sekarang ini pasti PM yang akan menggantikan DSN nanti akan menerima nasib yang
sama seperti Tun Rahman, Tun Razak, Tun Abdullah dan DSAI.
Bersemukalah
tanpa sebarang media antara Tun M dan DSN apakah itu lebih baik daripada
perpecahan yang ditimbulkan ini. Pasti pihak ketiga bertepuk tangan sakan dan
berparti besar-besaran melihat perpecahan bangsa ini. Cukuplah 22 tahun negeri
borneo tiada pembangunan bersama kamu dan hanya dasar-dasar impian hanya tinggal
impian. Tun M berehatlah bukan kamu membantu menjernihkan keadaan tetapi
menambah keruh lagi keadaan apabila keangkuhan dan rasa masih berkuasa
mendampingi kamu.
Corak
yang Tun M bawa ada acuan nya tersendiri dan corak DSN pun ada acuan nya
tersendiri. Terpulanglah pada pimpinan masing-masing, kenapa perlu berlaga
sesama pemimpin. Apakah itu belum nyanyok Tun M kamu katakan?. Memang adat
orang yang nyanyok, mana lah mungkin mengaku kerana nafsu masih membelenggu.
Tambah lagi dengan pengikut-pengikut yang hanya anggok-anggok dan geleng-geleng
menjadikan lagi keaadan semakin panas berbisa. Hanya ramai batu api daripada
anggasnya. Tun M di perbodohkan dan dipergunakan mereka untuk melihat
perpecahan rakyat Malaysia. Biarlah Tun M bersama pengikutnya sendiri tidak
menyokong DSN, dan biarlah pengikut DSN bersama penyokongnya. Dua pemimpimpin
Negara bertelagah kerana ada pihak berkepentingan maruah Negara dan nasib
rakyat tergadai bagai tiada bermakna lagi. Kalau tidak mahu menyokong kerajaan
DSN cukup-cukuplah seperti parti pembangkang yang lain, tidak usahlah memalukan
diri sendiri.
Dulu Berjaya kamu tumbangkan ramai PM Malaysia,
itu mungkin atas dasar apa yang berwajib atas kepentingan kamu, sebab keinginan
kamu untuk menjadi PM cukup besar. Malangnya tempoh itu langkah silap kamu
gunakan dan kerugian yang kamu perolehi kerana kekayaan Negara kamu lupa
kendali secara peribadi. Sudah nyanyok barangkali itulah hobinya supaya empayar
yang terbina bersama satu ketika dahulu Tun M hendak runtuhkan semula. Kalaulah
antara dua pemimpin ini meninggal dalam pada keadaan Negara parah dengan
perpecahan ini, sudah pasti semua penderitaan dan kesusahan rakyat Malaysia
akan disoal bersama di alam sana. Matanglah bukan dengan cara ini, tapi
matanglah dengan cara berperibadi tinggi. Bukan kamu dari kalangan yang tidak
berpendidikan, bahkan diberi kepercayaan untuk mengurus pentadbiran. Bila ego
dan rasa masih berkuasa walau sudah tiada apa-apa Tun M masih jua menyimpan
rasa tidak puas hati kerana masih ada projek yang diarah buat belum nampak
apa-apa. Berkata terhutang budi pada ayahanda, tapi anakanda diperlaku seperti
budi yang tiada harga dalam dada. Itu biarlah soal kamu dengan dia, kenapa
perlu seretkan kepada mereka juga. Biarlah kamu berbicara secara terbuka berdua
sahaja, hasilnya barulah disampaikan kepada mereka. Inilah yang dikatakan
seorang yang sama-sama hebat bukan atas landasan politik sahaja bahkan dalam
semua bidang pun sama.
Nasib
dan maruah rakyat pun akan tergadai kerana perkara yang kamu lakukan, kalau
perfesional bersemuka tanpa media, barulah perkara tidak baik dibawa sepakat
bersama. Ini jalan genting yang kamu gunakan dan masing-masing mereka yang ada
kepentingan saling bersaing supaya kedua-dua kamu “merasa menang tapi kalah dan
merasa kalah separuh mati”. Bukan tiada pemerhati di dalam dan di luar,
Malaysia uzur hanya menanti tiba masanya untuk dikubur. Inilah engkara perkara
yang menjadi buah bicara bukan satu penyelesaian yang membawa khabar gembira
tetapi lebih banyak membawa kepada khabar derita dan sengsara.
Tun
M, berehatlah menanti masa tiba, bukan mendoakan tapi kenalah sedar, usia itu
bukan pentasnya politik sahaja, tiba masanya menangis air mata darah pun tiada
berguna. Dosa dan pahala itu bukan soal bicara kita, tapi masing-masinglah tahu
kemana hidup selepas singgah sementara di dunia. Ini bukan desakan ataupu pro
kepada mana-mana pihak yang berkepentingan politik Malaysia. Tapi inilah
reality nasib rakyat jelata kerana dua pembesar bersengkata.
Langgan:
Catatan (Atom)