
Ahad, 15 Februari 2015
Sabtu, 14 Februari 2015
Seorang lelaki memberikan air maninya kepada seorang wanita ‘kononnya’ sebagai pelembab muka
Seorang lelaki memberikan air maninya kepada seorang wanita ‘kononnya’ sebagai pelembab muka
Sekadar gambar hiasan
Zeng Lin, 19 tahun, Seorang remaja perempuan yang berasal dari China telah menerima sebotol lotion muka sebagai hadiah daripada seorang rakannya, Gou Wen, 22 tahun.
Botol tersebut adalah sebuah botol pelembab muka, dia kemudiannya memakai lotion tersebut dan mendapati cecair lotion itu berbau seakan-akan bau yang hanyir dan busuk.
Dia kemudiannya mendapati yang cecair botol tersebut bukan dipenuhi oleh cecair pelembab tetapi ianya adalah air mani.
Perghhh…setelah disoal siasat, berikut adalah kenyataan daripada Gou Wen,
“Saya sangat sayangkan dia (Zeng Lin), tetapi dia tidak mengetahuinya, dan saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan saya kepadanya, jadi saya rasakan itulah jalan yang terbaik yang saya boleh lakukan untuk menunjukkan perasaan saya kepadanya,”
Zeng Lin kemudiannya memfailkan saman terhadap Gou Wen dan menuntut ganti rugi sebanyak US$300, ataupun RM1000.
Namun begitu Gou Wen, masih lagi tidak berputus asa untuk menambat hati Zeng Lin, dan dia tekad untuk menunjukkan cintanya dengan cara yang lain.
Kepala hotak dah masuk air lah tu, dah lama tak servis kot, gila…memang gila…

Sekadar gambar hiasan
Polis Mendedahkan Nama 30 Ahli Kongsi Gelap Sekitar Malaysia
Pihak polis telah bekerja keras untuk membanteras ahli kongsi gelap yang ada di sekitar Malaysia melalui operasi Ops Cantas.
Baru-baru ini mereka telah mendedahkan ketua kepada pertubuhan kongsi gelap ini kepada orang awam, nama yang tersenarai tersebut masih lagi bergiat aktif di dalam kumpulan masing-masing.
Sementera itu, polis telah menahan 4,806 orang kelmarin, untuk membantu siasatan terhadap gejala kongsi gelap tersebut.
Berikut adalah senarai ketua kongsi gelap 04, 08 dan 36.
Tugu Peringatan MH370 di Australia
MELBOURNE: Sebuah tugu peringatan bagi mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 akan didirikan di taman-taman Parlimen Persekutuan di Canberra.
Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu Parlimen, ia dijangka siap untuk ulang tahun pertama tragedi itu, yang meragut nyawa 38 rakyat Australia.
Ia akan menjadi satu “peringatan bahawa kami tidak akan sekali-kali melupakan mereka,” katanya.
Pemimpin pembangkang Bill Shorten berkata, tugu peringatan itu adalah idea “yang sangat wajar”.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh semasa terbang di ruang udara negara yang bergolak.
Selain rakyat Australia, warga dari Belanda, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand adalah antara 298 penumpang dalam pesawat itu. – BERNAMA
Nafsu Binatang
Melampias Nafsu Dalam Kebun..
HULU TERENGGANU – Perbuatan sepasang remaja menjadikan sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit, di sini, sebagai port memadu kasih mengundang padah apabila kegiatan tidak bermoral mereka dihidu anggota SRS Paloh Nyior, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pasangan berusia 16 tahun terbabit dipercayai sedang melampiaskan nafsu, namun hasrat mereka terbantut apabila menyedari kehadiran anggota SRS Paloh Nyior dan polis.
Difahamkan, remaja perempuan berasal dari Kampung Telaga itu terlebih dahulu menunggang motosikal mengambil pasangannya yang tinggal di Kampung Getang sebelum kedua-dua mereka tiba di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar jam 7.30 pagi.
Setiausaha SRS Paloh Nyior, Abdul Manat Ibrahim, 63, berkata, kehadiran pasangan terbabit disedarinya setelah mendapati terdapat sebuah motosikal berhampiran pintu pagar kebun sawit itu ketika dia sedang melakukan rondaan.
“Sebagaimana kebiasaan, saya kerap lakukan rondaan sekitar kawasan kampung apatah lagi malam tadi (semalam) bertugas sebagai anggota SRS.
“Ketika melalui kebun sawit ini, saya lihat sebuah motosikal dan ia adalah motosikal sama ditemui pada minggu lepas,” katanya.
Kata Abdul Manat, dia mengesyaki sesuatu setelah mendapati pintu pagar kebun berkunci manakala pemilik kebun itu tinggal di Kemaman, menurut sumber Sinar Harian.
“Saya memaklumkan anggota SRS yang lain selain turut hubungi polis. Pondok terletak kira-kira 50 meter jaraknya dari pagar ini pernah jadi lokasi penagih dadah,” katanya.
Menurutnya, hasil serbuan didapati sepasang remaja dalam keadaan mencurigakan.
“Mereka akui pernah ke sini sebelum ini. Dalam pondok ini turut terdapat gebar dan bantal tidak pasti sudah ada atau dibawa mereka.
“Pasangan ini dibawa ke Balai Polis Kuala Telemong sebelum dimaklumkan ibu bapa masing-masing,” katanya.
Difahamkan, remaja lelaki itu sudah tidak bersekolah manakala yang perempuan masih bersekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kedua-dua remaja itu ditahan untuk jalani ujian air kencing, bagaimanapun hanya remaja lelaki didapati positif dadah serta masih ditahan.
Pinangan di Tolak
Gara-gara pinangannya ditolak, Anggota Polis lepaskan lima das tembakan.
KAJANG - Kerana lamarannya ditolak, seorang anggota polis melepaskan lima das tembakan setelah bergelut dengan ahli keluarga teman wanitanya di Kajang.
Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, abang teman wanitanya Solomon Stallin a/l Tholiletholan berusia 25 tahun terkena satu tembakan di bahu dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Kajang.
Ketika kejadian suspek Samuel a/l John Moses berusia 27 tahun seorang anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi telah pergi ke rumah teman wanitanya tetapi tidak dibenarkan masuk oleh ibu bapa wanita terbabit.
Ekoran daripada itu, berlaku perselisihan faham antara suspek dan keluarga teman wanitanya sejak beberapa hari lalu.
Bengang dengan situasi terbabit, suspek melepaskan lima das tembakan ke rumah dan satu das terkena mangsa.
Suspek kemudian melarikan diri bagaimanapun kemudian berjaya ditahan tiga jam kemudian di perkarangan Mahkamah Kajang dan pistol miliknya dirampas.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan berhubung kes melibatkan anggota tersebut.
Siasatan awal mendapati anggota polis terbabit tidak memulangkan senjata api yang digunakan selepas bertugas dalam sekatan jalanraya awal pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Langgan:
Catatan (Atom)